awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa

Faida Rahim
Faida Rahim
26/03/2024
05:49 MYT
Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa
Chin Huat hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa, bagi menghadapi pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam, dua minggu lalu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam, dua minggu lalu.
Xin Jian Chang dan tiga pembekal yang juga tiga beranak iaitu suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36; membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran dan dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersubahat berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.
Semua tertuduh didakwa pada hari sama turut didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan mereka.
Kesalahan didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.
Pasukan pendakwaan diketuai Masri Mohd Daud manakala Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarah syarikat itu diwakili peguam, Lau Yi Leong.
Terdahulu Lau meminta supaya diberi jaminan yang rendah kerana anak guamannya tidak berisiko melarikan diri.
Muhamad Anas kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.
Sebutan semula kes pada 29 April ini.
Topic Berkaitan
#stoking kalimah Allah
#Xin Jian Chang Sdn Bhd
#kk mart
#Pengarah Syarikat didakwa
#melukakan perasaan agama orang Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan