Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.
"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.
Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.
"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M Parlimen Pekan di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini Ahad.
Di majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 1,000 penerima daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya.
Bernama
Sun Feb 23 2014
Perdana Menteri ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia semalam di Kuala Lumpur. -- foto arkib
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.
80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.
Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.