awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian elaun sara hidup nelayan sebagai jaringan keselamatan

Malissa Sahari
Malissa Sahari
17/04/2018
09:31 MYT
Pemberian elaun sara hidup nelayan sebagai jaringan keselamatan
Shabery (kiri) dalam sidang media dalam satu acara di Sebuyau hari ini. Turut hadir ialah Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - Astro AWANI
Malaysia antara satu-satunya negara yang memberi bantuan elaun sara hidup khusus kepada nelayan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan elaun sara hidup terbabit sebagai jaringan keselamatan kepada individu yang berpendapatan rendah.
"Sekurang-kurangnya nelayan di negara kita punya jaringan keselamatan. Ia juga melihat kepada sektor pekerjaan yang tidak menentu dari segi pulangannya," ujar beliau.
Ahmad Shabery berkata, RM300 diberikan kepada nelayan laut, sementara nelayan darat dan sungai pula mendapat RM200.
"(Nilai) RM300 pada saya katakan bukanlah nelayan menjadi kaya tetapi menjadi satu jaringan keselamatan. Sekurang-kurangnya mereka boleh meneruskan kehidupan seperti membeli beras, ubat-ubatan atau mungkin memikirkan untuk mendapatkan peluang pekerjaan lain," jelasnya.
Bagaimanapun, pemberian elaun sara hidup berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada nelayan, bahkan kepada bandar bandar atau pekan kecil.
"Kuasa membeli perlu wujud di pekan kecil seperti Sebuyau yang mempunyai kedai kedai kopi, runcit dan lain lain, kalau sini ada 1,000 orang mendapat elaun sara hidup ini, RM300 sudah menjadi RM300,000 untuk berputar dalam pekan ini setiap bulan, jadi wang itu sentiasa ada," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Elaun Sara Hidup
#laut
#MalaysiaMemilih
#nelayan
#pendapatan
#pendapatan rendah
#Sarawak
#Sebuyau
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan