awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian wang terbuka adalah program sedekah di masjid - SPRM Sabah

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
07/01/2020
06:25 MYT
Pemberian wang terbuka adalah program sedekah di masjid - SPRM Sabah
Siasatan SPRM Sabah mendapati gambar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi wang secara terbuka sebenarnya adalah program sedekah di sebuah masjid pada 3 Januari lalu.
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mendapati gambar yang tular memaparkan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi wang secara terbuka merupakan sebuah program sedekah di masjid pada 3 Januari lalu di Sandakan.
SPRM Sabah dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu, kejadian tersebut adalah bersempena dengan program Pecah Tanah Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis.
“SPRM Sabah telah menerima maklumat daripada orang awam dan telah membuat siasatan awal berhubung isu tersebut.
“Kejadian itu merupakan program sedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah,” katanya.
Ia sekali gus menafikan dakwaan Mohd. Shafie memberi wang secara terbuka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
BACA: Shafie nafikan gambar tular beri sedekah adalah di Kimanis
Terdahulu, Mohd. Shafie melahirkan rasa kecewanya kerana perkara itu dipesongkan pihak tertentu dengan mengaitkannya mengenai kempen PRK Parlimen Kimanis.
Beliau turut memberikan penjelasan, insiden itu dipercayai dirakam pada 3 Januari lalu ketika menghadiri acara perasmian pembesaran Lapangan Terbang Sandakan yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Mohd. Shafie pada masa sama turut dilemparkan tuduhan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sedang berkempen di Kimanis mendakwa beliau gagal membangunkan Sabah ketika memegang potfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar suatu ketika dahulu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ketua Menteri
#Kimanis Memilih
#Mohd Shafie Apdal
#PRK Kimanis
#Shafie Apdal
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan