awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan poliklinik ATM, naik taraf RKAT dipercepat - Hishammuddin

Bernama
Bernama
24/11/2017
13:30 MYT
Pembinaan poliklinik ATM, naik taraf RKAT dipercepat - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN memberitahu projek pembinaan poliklinik ATM serta menaik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) akan dipercepatkan. - Gambar fail
Projek pembinaan poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menaik taraf Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) akan dipercepatkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Kabinet telah bersetuju untuk menyegerakan kedua-dua projek itu selepas beliau membentangkan laporan perkembangannya di Parlimen hari ini.
"Alhamdulillah, Kabinet telah bersetuju untuk menyegerakan pelaksanaan kedua-dua projek tersebut.
"Sesungguhnya, ia satu perkembangan yang amat melegakan, apatah lagi soal kebajikan anggota dan veteran ATM serta ahli keluarga mereka sememangnya amat dekat di hati saya, menjadi keutamaan tertinggi saya sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hishammuddin turut mengingatkan semua pihak termasuk pihak kontraktor dan kepimpinan ATM untuk tidak bersikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
"Saya harap perkembangan ini memberi mesej jelas kepada pihak-pihak berkepentingan agar dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan berkesan," katanya.
Pada 27 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan kerajaan akan menyediakan pelan tindakan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera dengan membina lebih 40,000 unit secara berfasa menjelang tahun 2030.
Najib berkata sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk menaik taraf lima hospital, membina empat poliklinik dan hospital veteran tentera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#bajet
#Hishammuddin Hussein
#Hospital
#kabinet
#keluarga
#kerajaan
#menteri
#Menteri Pertahanan
#Najib Razak
#poliklinik Angkatan Tentera Malaysia
#rumah
#Rumah Keluarga Angkatan Tentera RKAT
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan