KUANTAN: Seorang pemborong buah mendakwa kerugian RM414,932 selepas diperdaya dalam urusan menjual durian Musang King, sejak hujung bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun mendakwa mengenali suspek pada 30 Jun lepas selepas menghubunginya untuk membeli 10 bakul durian itu.
"Mangsa mendakwa suspek telah menunjukkan salinan resit transaksi secara dalam talian sebuah bank sebagai bukti pembayaran menerusi suspek kedua dipercayai pekerjanya, yang datang ke kedai bagi mengambil buah pada hari sama.
"Ini menyebabkan mangsa mempercayai suspek dan terus menjual durian kepadanya dari 1 Julai hingga 27 Julai lepas dengan persetujuan pembayaran dibuat secara terus ke akaun syarikat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memeriksa akaun itu semalam dan mendapati bayaran RM414,932 yang sepatutnya dijelaskan suspek tidak dikreditkan ke akaun berkenaan.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Mangsa membuat laporan polis setelah sedar ditipu selepas memeriksa akaun bank dan mendapati bayaran RM414,932 yang sepatutnya dijelaskan suspek tidak dikreditkan. - Gambar hiasan
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Pengurus lombong bijih rugi RM40,000 ditipu Macau Scam
Pihak 'LHDN' memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM98,000 dan kemudian menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah.
Warga emas rugi RM84,776 terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Malangnya, keuntungan yang dijanjikan gagal diterima malah wanita berusia 62 tahun itu terpaksa menanggung kerugian RM84,776.
Guru rugi RM277,000 diperdaya 'Timbalan Pendakwa Raya'
Mangsa turut diarahkan menukar nombor pin kad bank baharunya menggunakan nombor hadapan kad pengenalannya.
Kerani rugi RM18,000 dedah maklumat di aplikasi palsu 'Bank Negara'
Mangsa mengisi segala butiran yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama pengguna perbankan internet dan nombor kad banknya.
Dua individu lesap RM16,518 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud
Suspek turut mengugut mencari anak mangsa jika gagal membayar yuran tambahan dan membatalkan permohonan untuk pinjaman itu.
Lesap RM343,203 angkara skim pelaburan cepat kaya
Mangsa berusia 28 tahun menyertai skim pelaburan yang dijalankan seorang wanita itu tahun lalu selepas tertarik dengan jaminan keuntungan 50 peratus yang akan dibayar pada setiap 15 hari.
Kereta idaman tak dapat, duit lebih RM25,000 lesap
Lelaki berusia 62 tahun itu tertarik untuk membeli kereta mewah terpakai jenis Lexus yang ditawarkan pada harga 42,000 dengan pinjaman penuh.
Wang dalam akaun bank lesap angkara Macau Scam
Mangsa dimaklumkan mempunyai mata terkumpul dengan sebuah syarikat penerbangan dan perlu menukarnya dalam bentuk wang ringgit.
Pegawai JPJ rugi RM8,400 ditipu kenalan palsu
Wanita itu menerima pesanan daripada suspek memintanya memindahkan sejumlah wang kerana akaun miliknya dikatakan mempunyai masalah.
Wanita dakwa diperdaya bayar RM109,200 untuk komputer riba tak wujud
Mangsa mendakwa berurusan dengan seorang lelaki menerusi WhatsApp selepas melihat iklan di laman sosial.