awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuangan sisa pepejal di KL meningkat 25 peratus pada bulan Ramadan

Bernama
Bernama
24/06/2016
00:03 MYT
Pembuangan sisa pepejal di KL meningkat 25 peratus pada bulan Ramadan
Rakyat dinasihakan agar mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan serta memastikan sampah diuruskan dengan lebih baik. - Gambar fail
Jumlah pembuangan sisa pepejal di ibu kota pada bulan Ramadan meningkat 25 peratus atau 3,000 tan sehari, berbanding 2,500 tan sampah pada hari biasa.
Ketua Pengarah Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) Datuk Mohd Zain Hassan berkata sisa makanan yang tidak dihabiskan atau tidak diusik, termasuk yang dijual di bazar Ramadan adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah sampah tersebut.
"Setiap kali bulan puasa, kita dapat lihat kebanyakan masyarakat melakukan pembaziran makanan sehinggakan jumlah sisa pepejal yang dibuang di kawasan Kuala Lumpur meningkat kira-kira 400 tan sehari," katanya kepada pemberita selepas program Imarah Ramadan Bersama Alam Flora di sini, pada Khamis.
Beliau menasihatkan rakyat agar mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan serta memastikan sampah diuruskan dengan lebih baik.
Terdahulu, Mohd Zain menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 30 anak yatim dan asnaf serta mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk percuma kepada penduduk sekitar Kampung Batu Muda di sini.
Kira-kira 50 kakitangan Alam Flora bergotong-royong memasak bubur lambuk, bermula 10 pagi semalam.
Alam Flora juga menyumbangkan beberapa peralatan baharu termasuk Al-Quran, rak kasut dan karpet bagi kegunaan kariah Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda.
Topic Berkaitan
#Alam Flora Sdn Bhd
#mohd zin hassan
#sisa pepejal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan