JOHOR BAHRU: Johor kembali menjadi destinasi pilihan sektor pelancongan kesihatan apabila mula menerima pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital di negeri ini, selepas sempadan antarabangsa negara dibuka.
Tidak terkecuali, Hospital Pakar KPJ Johor yang mula menerima pesakit dari Indonesia sebaik sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azhar Abdullah berkata fasiliti dan perkhidmatan yang komprehensif merupakan antara faktor warga Indonesia memilih untuk menerima rawatan di hospital swasta itu.
Beliau berkata pihaknya menerima sehingga 10 pesakit daripada Indonesia setiap hari khususnya dari Batam dan Tanjung Pinang, sama ada untuk mendapatkan rawatan susulan selepas ditunda berikutan pandemik COVID-19 dan pesakit baharu.
"Servis kita antara yang komprehensif dan menyeluruh dengan pakar-pakar yang ada, itu yang membuatkan kita menjadi pilihan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata Johor dan Indonesia sebenarnya mempunyai persamaan budaya, maka kebanyakan pelancong kesihatan yang datang berasa sangat selesa.
"Mereka berasa seperti berada di rumah, selain yakin dan mempunyai kepercayaan terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Hospital Pakar KPJ Johor," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan penghantaran pergi dan balik yang disediakan pihaknya sama ada ke hospital, hotel mahu pun destinasi lain yang ingin dituju pesakit, menjadi antara faktor hospital itu menjadi pilihan khususnya warga Indonesia.
Seorang pesakit dari Indonesia, Merina, 34, yang mengalami masalah bengkak di bahagian dada berkata dia memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana perkhidmatan dan layanan baik yang diberikan.
Wanita itu yang ditemani suami Gunawan, 34, berkata dia membuat temu janji dengan pihak hospital sebaik mengetahui sempadan Malaysia dibuka.
"Rakan di Batam beritahu bahawa perkhidmatan di hospital ini bagus termasuk doktor-doktor pakarnya...jadi saya terus buat janji temu untuk rawatan di hospital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Hospital Pakar KPJ Johor yang mula menerima pesakit dari Indonesia sebaik sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas. - www.kpjjohor.com
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Perolehan pelancongan kesihatan Turkiye melonjak ke AS$2.3 bilion
Portal "Heal in Turkiye" dengan sokongan Kementerian Kesihatan menjadi lambang kepada lonjakan sektor pelancongan kesihatan di Turkiye.
Pelancongan kesihatan: Tourism Johor akan adakan pertemuan dengan hospital pakar
Tourism Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa hospital pakar dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri itu.
Pelancongan kesihatan: MHTC sasar RM2.4 bilion pendapatan, hampir RM10 bilion limpahan ekonomi
Industri yang menerima limpahan ekonomi itu meliputi pelancongan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi.
MMC, AAR jalin kerjasama tingkat kualiti perkhidmatan pelancongan kesihatan
Kerjasama itu juga akan mengukuhkan lagi matlamat pusat itu dalam memberi perkhidmatan terbaik, khususnya kepada pesakit luar negara.
Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.
Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.
Pembukaan sempadan: Johor kembali jadi destinasi pilihan pelancongan kesihatan
Hospital Pakar KPJ Johor yang mula menerima pesakit dari Indonesia sebaik sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas.
Malaysia kekal destinasi pilihan utama pelancong kesihatan Indonesia - MHTC
Pada 2019, lebih 670,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia.
Indonesia intai pembabitan lebih luas dalam pelancongan kesihatan
Pada masa ini, terdapat dua juta rakyat Indonesia yang melancong ke luar negara untuk mendapatkan penjagaan kesihatan.
Pulau Pinang miliki pusat pemulihan robotik pertama
Kerajaan negeri Pulau Pinang menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan bagi meningkatkan industri pelancongan kesihatan.