Skip to main content

Malaysia

Pembunuh kucing direman empat hari

81536751282_BunuhKucing.jpg
Mahkamah Majistret Gombak membenarkan dua suspek yang dipercayai membunuh kucing bunting secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi di Taman Gombak Ria direman selama empat hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hassan bermula hari ini hingga 17 September.

Terdahulu dua daripada tiga lelaki yang diburu polis sejak beberapa hari lalu itu ditahan awal pagi ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, suspek ditahan di sekitar Gombak.

Advertisement

Must Watch Video