awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang pusingan pertama kempen ‘Riang Raya’ sudah dipilih

Astro Publication
Astro Publication
24/07/2015
02:39 MYT
Pemenang pusingan pertama kempen ‘Riang Raya’ sudah dipilih
Tiga pemenang utama bagi pusingan pertama Kempen ‘Riang Raya’ anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah diumumkan baru-baru ini. Para pemenang itu ialah Suhaila binti Saleh yang membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L A/T di ETCM Mahkota Cheras, Tan Yoke Leong yang membeli sebuah Nissan Almera 1.5V AT di ETCM Petaling Jaya dan Theng Soon Yew, pemilik sebuah Nissan X-Trail 2.0L CVT di ETCM Penang.
Dengan kemenangan tersebut, tiga orang pemilik kenderaan Nissan baharu ini akan dapat menganjurkan majlis yang dibiayai sepenuhnya oleh ETCM bernilai RM50,0000. Pakej penganjuran majlis itu merangkumi khidmat pengurus acara, sewa lokasi, makanan dan minuman serta banyak lagi (tertakluk kepada terma dan syarat).
Suhaila Binti Saleh nyata terkejut apabila mendengar berita kemenangannya itu. “Membeli sebuah Grand Livina sememangnya memberi tuah kepada saya dan keluarga pada bulan Ramadan ini. Apabila saya mendapat tahu tentang kemenangan ini, saya ingin mengadakan majlis aqiqah (majlis bagi meraikan kelahiran anak) untuk anak saya. Apa yang pasti, ETCM telah memberikan saya hadiah Hari Raya yang terbaik!”
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng turut gembira ketika mendengar reaksi para pemenang serta majlis yang akan mereka anjurkan. “Para pemenang bebas untuk memilih apa jua acara yang ingin mereka raikan, sama ada majlis hari jadi, parti ulang tahun atau perkahwinan dan ETCM akan menguruskan segalanya.”
Anda juga masih berpeluang untuk menyertai pertandingan ini. Pusingan 2 kempen Riang Raya akan berakhir pada Julai dan masih ada peluang untuk tiga pemenang bertuah dengan menghantar borang penyertaan menerusi pembelian kenderaan Nissan mereka pada bulan ini. ETCM kini juga menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi iPad Air 2 dengan hanya memandu uji sebuah model Nissan di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#
# Nissan
#Tan Chong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan