Mohamed Azmin Ali mendahului persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 5,111 undi setakat ini bagi pemilihan parti itu tahun ini.

Beliau yang juga penyandang jawatan tersebut bersaing dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua-dua pencabar Azmin itu masing-masing memperolehi 2,322 dan 2,228 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden PKR pula, penyandang Nurul Izzah Anwar mendahului saingannya yang lain dengan 5,610 undi.

Undian tertinggi berikutnya diperolehi oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dengan 5,018 undi, diikuti oleh Tian Chua yang juga merupakan Naib Presiden parti dengan 4,833 undi.

Berikut merupakan jumlah undian oleh calon-calon lain bagi jawatan Naib Presiden PKR:

Baru Bian - 4417 undi

Shamsul Iskandar Mohd Akin – 3491 undi

Dr Xavier Jayakumar – 3410 undi

Lee Chin Cheh – 2330 undi

Mustaffa Kamil Ayub – 2040 undi

Fuziah Salleh – 2004 undi

Mohd Yahya Mat Sahri – 1027 undi

Suresh Kumar – 992 undi

Dr Streram Sinnasamy – 837 undi

Kapt (B) Dr. Summugan Rengasamy – 739 undi

N Surendran – 542 undi

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Wanita, penyandangya Zuraida Kamaruddin mendahului saingan dengan 1,789 undi manakala pencabarnya Rodziah Ismail memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula, Amiruin Shari mendapat undi tertinggi iaitu 777 dan disusuli dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendapat 739 undi dan Mohd Nazree Yunos dengan 720 undi.

Maklumat keputusan rasmi undian setakat ini telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.