Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kegagalan mereka dalam mengendalikan proses pengundian parti itu di peringkat negeri Selangor.

“Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh,” katanya dalam sebuah kenyataan menerusi laman Twitternya, pada Ahad.


Abdul Khalid yang juga calon Timbalan Presiden PKR meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN.

Jelas beliau, aduan itu penting bagi menunjukkan bahawa PKR adalah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan proses pemilihan.katanya.


Menurut laporan, setakat jam 4.30 petang tadi pemilihan PKR di sembilan cabang di Selangor terpaksa dibatalkan berikutan pelbagai masalah yang menimpa termasuk kejadian membawa lari peti undi di Selayang.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz turut menyenaraikan sembilan cabang PKR di Selangor yang telah dibatalkan pemilihannya itu.

Terkini, tiga lagi cabang turut dibatalkan berikutan masalah tersebut iaitu Shah Alam, Sungai Besar dan Kapar.