Semua pemilik haiwan peliharaan harus bertanggungjawab terhadap kesejahteraan haiwan di bawah jagaan mereka atau bersedia menghadapi tindakan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan (AWA) 2015.
Penaung Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye berkata meskipun pelbagai program kesedaran mengenai kebajikan haiwan dilancarkan, kejadian penganiayaan terhadap haiwan atau haiwan ditinggalkan masih berlaku.
"Orang awam harus sedar bahawa membuang haiwan peliharaan adalah perbuatan kejam dan pelakunya boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan (AWA) 2015.
"Di bawah AWA 2015, semua pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan haiwan di bawah jagaan mereka, termasuk penginapan, penjagaan kesihatan dan penamakan yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Lee, pemilik atau orang yang ingin membela haiwan peliharaan perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar jika mempunyai haiwan peliharaan.
Walaupun pelbagai kempen dan program dijalankan, kesedaran dan pendidikan kebajikan haiwan perlu bermula di sekolah dan dalam hubungan ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Pendidikan boleh memainkan peranan dalam membincangkan bagaimana untuk menanam dan memperkasakan pendidikan kebajikan haiwan di sekolah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2019
Pemilik atau orang yang ingin membela haiwan peliharaan perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar jika mempunyai haiwan peliharaan.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Hukuman terhadap penganiayaan haiwan satu pengajaran - Lee
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan pelakunya perlu dihukum mengikut undang-undang.