awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik, pemandu kenderaan Singapura tidak dibenar keluar jika tidak bayar saman VEP - JPJ

Bernama
Bernama
01/11/2025
01:40 MYT
Pemilik, pemandu kenderaan Singapura tidak dibenar keluar jika tidak bayar saman VEP - JPJ
"Mana-mana kenderaan Singapura yang tidak mempunyai VEP dan ditahan di mana-mana lokasi di Malaysia, akan dikenakan tindakan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Bermula 15 Nov ini, pemilik atau pemandu kenderaan asing khususnya dari Singapura yang gagal memiliki atau mengaktifkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak dibenar keluar Malaysia selagi tidak membayar saman.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penguatkuasaan sepenuhnya itu melibatkan kenderaan persendirian individu serta kenderaan persendirian milik syarikat yang tiada VEP, tamat tempoh, atau masih berstatus pradaftar.
"Tindakan saman akan dibuat dan wajib membayar saman serta perlu mendaftar VEP sebelum keluar dari Malaysia. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di pintu keluar sempadan Malaysia-Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Operasi Khas Penguatkuasaan VEP di susur keluar Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi.
Bayaran saman boleh dibuat di kaunter pejabat JPJ, Kaunter Mobile JPJ, kaunter pendaftaran VEP di Danga Bay dan secara dalam talian (myEG).
Aedy Fadly berkata sebelum ini, penguatkuasaan yang dilaksanakan menyaksikan pemandu atau pemilik kenderaan asing hanya dikenakan notis saman dan notis peringatan, namun kini sudah tiba masanya untuk penguatkuasaan penuh dijalankan.
"Sebelum ini, kita hanya adakan operasi di sekitar Johor, tetapi kini kita meluaskan ke seluruh negara.
"Mana-mana kenderaan Singapura yang tidak mempunyai VEP dan ditahan di mana-mana lokasi di Malaysia, akan dikenakan tindakan," katanya.
Beliau berkata sejak penguatkuasaan VEP 1 Julai lepas, sebanyak 303,183 tag RFID telah dipasang bagi kenderaan persendirian individu, manakala 31,643 tag lagi melibatkan kenderaan milik syarikat.
Dalam tempoh sama, pihaknya telah memeriksa 55,486 kenderaan dan mengeluarkan 4,028 kompaun terhadap pemilik kenderaan yang tidak mempunyai VEP, dengan jumlah kompaun mencecah RM1.2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VEP
#saman
#JPJ
#kenderaan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan