Seorang pemilik rumah rakit di Kampung Teluk Sengat, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas kediaman terapung itu yang sudah beroperasi sejak dua tahun lepas, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Adzar Zainal, 40, berkata dia dimaklumkam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.50 pagi oleh penduduk kampung yang menghubunginya.
"Saya berada di Kuala Lumpur semalam. Oleh kerana berasa tidak sedap hati, saya segera menyelesaikan urusan kerja dan terus balik ke Johor malam tadi sebelum tiba pada pukul 4 pagi.
"Memang saya merancang untuk menjenguk rumah rakit itu, namun tidak sangka dikejutkan dengan berita kebakaran ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, penduduk kampung memaklumkan rumah rakit itu musnah keseluruhannya selepas kira-kira 40 minit terbakar.
Adzar yang merupakan seorang chef berkata, beliau berasa musykil kerana ketika kejadian, rumah rakit berkenaan dalam keadaan gelap memandangkan tiada sesiapa berada di dalamnya.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran tersebut disebabkan perbuatan khianat dan sudah melaporkannya kepada polis.
"Rumah rakit itu sebelum ini sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu dan waktu cuti.
"Pengunjung suka menganjurkan majlis keramaian dan pertandingan memancing ekoran keluasannya dan mempunyai kemudahan yang lengkap," katanya yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 7.31 pagi.
Katanya, bomba menamatkan operasi pada pukul 9.20 pagi dan masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
Seorang pemilik rumah rakit di Kampung Teluk Sengat kerugian kira-kira RM300,000 selepas kediaman terapung itu musnah dalam kebakaran. - fotoBERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pemilik rugi RM300,000 selepas rumah rakit terbakar
Seorang pemilik rumah rakit di Kampung Teluk Sengat, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas kediaman terapung itu yang sudah beroperasi sejak dua tahun lepas, musnah dalam kebakaran pagi tadi.