JAKARTA: Pemimpin dunia, termasuk pemimpin dari Malaysia mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang kelihatan bakal melakar kemenangan dalam pilihan raya presiden Indonesia selepas kiraan pantas tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan selesa.
Dalam perkongsian di media sosialnya Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Antara pemimpin itu ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Timbalan Perdana Menteri, Richard Marles; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.
Perdana Menteri Republik Czech, Petr Fiala turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo selepas memperoleh lebih 50 peratus undi dalam kiraan pantas.
Ketua Komunikasi Kempen Prabowo-Gibran Rakabuming, Raka Budisatrio dilaporkan berkata, ucapan tahniah itu menunjukkan pengiktirafan pemimpin dunia terhadap proses demokrasi Indonesia yang lancar.
"Pengiktirafan itu juga menandakan kesediaan mereka untuk mengekalkan kerjasama dua hala dengan presiden yang dipilih, berdasarkan asas yang telah ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo sejak sedekad lalu," katanya.
Menurut Litbang Kompas, dengan 95.95 peratus sampel undi yang telah dikira, Prabowo-Gibran memperoleh 58.48 peratus undi manakala Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD masing-masing mendapat 25.26 peratus dan 16.27 peratus.
Data laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum pemilu2024.kpu.go.id pada pukul 11 pagi Jumaat menunjukkan pasangan Prabowo-Gibran mendahului dengan 56.85 peratus undi.
Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah membuat kesimpulan bahawa Prabowo-Gibran memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar berdasarkan kiraan pantas oleh Litbang Kompas.
Menurut bank itu, keputusan berkenaan sangat bermanfaat untuk pasaran sekuriti, memastikan keputusan pilihan raya yang stabil dan mengurangkan risiko pertikaian undang-undang.
"Dalam pilihan raya satu pusingan, pentadbiran Prabowo dijangka mempunyai kuasa politik yang lebih besar, mengurangkan keperluan untuk perkongsian kuasa dengan parti pembangkang," menurut Maybank IB dalam satu kenyataan.
Tumpuan kini beralih kepada pembentukan Kabinet dengan pemerhati pasaran memantau rapat proses itu, terutamanya keseimbangan antara pelantikan politik dan teknokrat.
Portfolio kabinet yang akan mempengaruhi dinamik pasaran, termasuk Kementerian Koordinasi Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Milik Negara, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Informatik.
- Bernama
Bernama
Fri Feb 16 2024
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan. - Gambar/ Reuters
Jutawan Jepun batal misi mengelilingi bulan kerana kelewatan SpaceX
Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan mata wang tempatan itu akan kekal dalam julat kecil di sekitar 4.7000 selepas meningkat pada awal minggu lalu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Tekanan Menurun di Bursa Malaysia: Pelabur Berwaspada
Bursa Malaysia dijangka mengalami tekanan menurun yang berterusan pada minggu ini berikutan pelabur kekal berwaspada. Pelaburan lebih cenderung kepada sektor defensif dan mengelakkan risiko.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
Mr Beast kini saluran YouTube dengan jumlah pengikut tertinggi
Mr Beast berkata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu.
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Selangor tawan Jakarta
Ini merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nizam Jamil selepas muncul juara SAC 2024 April lalu.
Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi;
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru didakwa terima rasuah RM1.55 juta
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Misteri jeritan wanita kesakitan di tengah malam
Klip yang merakamkan suara misteri teriakan wanita seperti sedang kesakitan itu turut menjadi tular di media sosial.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.