awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin muda perlu tahu nilai, tujuan sebenar - Nazir Razak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/03/2021
23:39 MYT
Pemimpin muda perlu tahu nilai, tujuan sebenar - Nazir Razak
Nazir melihat kekuatan seorang pemimpin itu perlu didahului dengan minat yang mendalam dan tahu tujuan sebenarnya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kepimpinan dalam kalangan anak muda memerlukan rasa kecintaan yang tinggi selain fokus terhadap nilai yang betul.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak melihat kekuatan seorang pemimpin itu perlu didahului dengan minat yang mendalam dan tahu tujuan sebenarnya.
"Pastikan ini untuk anda, satu-satunya yang anda ingin lakukan.
"Dua, cari nilai yang betul untuk memimpin dan seorang pemimpin yang baik perlu ada ini sebab nilai yang baik ini banyak, pilihlah yang paling dekat dengan anda.
"Pilih integriti, kerja keras juga. Cari yang baik dan pegang nilai itu, gunakannya sebagai panduan anda sepanjang memimpin.
"Di Malaysia, nilai kepelbagaian sangat penting dan pemimpin yang baik harus pandai memanfaatkannya," katanya.
Seorang pemimpin yang berkaliber, kata Nazir, bukan sahaja mampu meletakkan fokus pada agenda utamanya tetapi juga mampu membawa orang lain untuk turut sama berkongsi agenda yang sama.
Beliau berkata demikian dalam sesi webinar Leaders Speakeasy, pada Selasa.
Dalam pada itu, Nazir berkata anak muda tempatan yang berkhidmat di luar negara perlu diyakinkan untuk pulang, namun mengakui ia bukan satu perkara mudah.
"Ada dalam kalangan mereka berpendapat jika pulang ke Malaysia, mereka tidak dapat memenuhi potensi sebenar mereka. Kebiasaannya yang bukan berbangsa Melayu.
"Malah ada juga orang Melayu yang enggan pulang kerana bimbang jika mereka berjaya di sini, ada pula yang mendakwa mereka berjaya sebab dibantu pihak tertentu.
"Kita perlu lihat balik paradigma ini, bagaimana mahu menggalakkan rakyat kita pulang serta sama-sama berusaha membina dan menjadikan Malaysia lebih baik.
"Dalam proses itu kita perlu ada pelan baharu yang membolehkan mereka fikir Malaysia adalah tempat untuk bekerja dan berjaya.
"Sebenarnya ada syarikat yang telah berjaya membawa balik rakyat kita di luar dan mereka berjaya di sini, tetapi tidak banyak," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamed Nazir Abdul Razak
#kepimpinan
#integriti
#Melayu
#tenaga kerja
#nilai yang betul
#pemimpin yang baik
#bawa balik rakyat kita di luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan