KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin menzahirkan penghargaan kepada ibu masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, mereka mengambil peluang mengimbau jasa dan pengorbanan ibu selama ini yang disifatkan sebagai tidak terbalas meskipun dengan wang ringgit.
Memuat naik gambar ibu, pemimpin terbabit meluahkan rasa cinta dan kasih yang mendalam terhadap 'ratu hati' masing-masing di samping mendoakan kesejahteraan mereka.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibu yang telah membesar dan mendidik beliau.
"Ibu kita, walau meningkat usia, jasa mendidik kita sepanjang hayat tak akan terbalas. Pengorbanan ibu membesarkan kita dari kecil sukar untuk dibayar dengan wang ringgit, apa yang diharapkan hanyalah kasih sayang anak-anak sehingga ke hujung nyawa.
"Terima kasih mama kerana membesarkan kami. Kami doakan mama murah rezeki dan panjang umur," katanya.
Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu di negara ini atas pengorbanan yang telah dicurahkan.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula berkata tiada pengorbanan lebih besar daripada pengorbanan seorang ibu yang melahir dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.
"Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia. Betapa besarnya peranan dan tanggungjawab seorang ibu yang telah mendidik kita semua sehingga kita berjaya menjadi insan yang berguna demi keluarga, masyarakat dan negara.
"Benarlah kasih ibu membawa ke syurga," katanya.
Bagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya.
"Gelaran ibu adalah dambaan setiap wanita. Kasih ibu tiada tolok bandingnya, kedudukan ibu sangat mulia, ibu tempat bermanja pengubat segala duka.
"Ibu adalah wanita terpenting dalam hidup setiap insan. Tanpa ibu, tiadalah kita di muka bumi ini," katanya.
Beliau berkata sempena sambutan Hari Ibu, masyarakat perlu mengambil peluang bertemu dengan ibu bapa masing-masing dan ini merupakan perkara yang amat dinanti-nantikan oleh mereka.
"Tiada batas waktu untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu namun marilah kita menyantuni mereka melalui sambutan Hari Ibu, kita raikan ibu tercinta sebagai tanda kasih sayang pada semua ibu di Malaysia.
"Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu terutama ibu saya Puan Taiyibah Haji Rusli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula berkata tiada pengorbanan lebih besar daripada pengorbanan seorang ibu yang melahir dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Pemimpin zahir penghargaan sempena sambutan Hari Ibu
Beberapa pemimpin menzahirkan penghargaan kepada ibu masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini.