awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotong rumput terkejut jumpa mayat dalam longkang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2024
06:42 MYT
Pemotong rumput terkejut jumpa mayat dalam longkang
Lokasi penemuan mayat di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pekerja penyelenggaraan jalan terkejut selepas dimaklumkan rakannya mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong di sini kira-kira jam 11.30 pagi Ahad.
Mohd Araf Saupi, 25, berkata, dia berdebar dan menggigil melihat mayat dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian tetapi tidak memakai kasut.
"Pada mulanya kami fikir lelaki itu pengsan tetapi keadaan tangan dan kakinya sudah kekuningan, mungkin sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui lokasi itu.
Mohd Araf memberitahu, dia tidak boleh lagi meneruskan kerja kerana masih terkejut walaupun tidak nampak sebarang kesan luka.
Sementara itu, rakannya, Muhammad Musaha, 35, berkata, ketika itu dia melakukan kerja-kerja memotong rumput kira-kira 300 meter dari lokasi penemuan.
"Sebaik sahaja tiba di kawasan longkang setinggi lebih satu meter, saya lihat sekujur tubuh yang tidak bergerak sebelum memaklumkan kepada Mohd Araf," katanya.
"Kami tidak menyentuh mayat lelaki itu tetapi terus menghubungi 999 untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya.
Muhammad memberitahu, mereka memulakan kerja-kerja memotong rumput kira-kira jam 8.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan laporan penemuan mayat lelaki itu.
Beliau memberitahu, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HTPZ II) untuk proses bedah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh
#mayat dalam longkang
#Kampung Seribong
#pemotong rumput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan