awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda BN akan adakan jelajah isu sensitif semua kaum - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
30/11/2019
08:01 MYT
Pemuda BN akan adakan jelajah isu sensitif semua kaum - Asyraf Wajdi
ASYRAF: Setiap kaum ada kekuatan masing-masing, ada perkara sensitif dan nilai berbeza perlu difahami bersama.
Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi membincangkan isu-isu sensitif melibatkan semua kaum tidak lama lagi, kata pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-55 di sini, hari ini, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata program yang dinamakan 'Dialog Harmoni' itu perlu diadakan secara terbuka bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum, seterusnya meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.
"Setiap kaum ada kekuatan masing-masing, ada perkara sensitif dan nilai berbeza perlu difahami bersama, ada yang tidak boleh dipaksa, (jadi) kita kena faham kepentingan nilai, agama dan hormat antara satu sama lain," katanya.
Terdahulu, Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting dalam ucapan perasmiannya mencadangkan agar BN menubuhkan Persidangan Meja Bulat Pemuda BN bagi mengukuhkan komunikasi antara parti-parti komponen.
Perhimpunan itu meluluskan 12 resolusi yang merangkumi lima aspek meliputi hal ehwal pemuda, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Barisan Nasional
#BN
#Ketua Pemuda MCA
#MCAdialog harmoni
#Nicole Wong Siaw Ting
#pemuda barisan nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan