awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2022
16:40 MYT
Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori
Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Kilometer 21 Jalan Renggam, Simpang Renggam, Kluang pada Rabu. - Sinar Harian
KLUANG: Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini pada Rabu.
Kemalangan pada jam 5.30 petang itu mengakibatkan lelaki berkenaan, Muhammad Nur Fitri Azlan, 23, mengalami kecederaan teruk di kepala, lutut sebelah kiri dan badan sebelum maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berkenaan melibatkan kereta Honda Civic dipandu mangsa dengan lori jenis Scania.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori berkenan datang dari arah Renggam menghala ke Simpang Renggam manakala kereta tersebut dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori tersebut.
"Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Norhisam Ihwan berkata, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).
"Terdapat seorang mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta Honda Civic. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan Rescue Tools.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 6.19 petang," katanya dalam kenyataan.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta hilang kawalan
#kerete rempuh lori
#pemuda
#kemalangan Simpang Renggam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan