SETIU:Kecacatan anggota badan yang dialami Muhammad Firdaus Razami dari Kampung Banggol di sini tidak menghalang beliau daripada memerah keringat dan mengerah tenaga empat kerat demi memastikan 25 ekor kambing biri-biri peliharaannya tidak terputus makanan pada musim banjir ini.
Ia bukan tugas mudah apabila pemuda berusia 25 tahun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) sejak sembilan tahun lepas berikutan kemalangan motosikal yang mengakibatkan tangan kanannya mengalami kecacatan kekal dan tulang lemah itu terpaksa meredah banjir untuk memberi makan haiwan ternakannya.
Setiap kali banjir melanda rumahnya yang terletak satu kilometer dari jalan raya di Kampung Banggol, Muhammad Firdaus akan berasa risau bukan sahaja untuk memberi makan tetapi juga menyelamatkan ternakannya jika kandang haiwan ternakan itu ditenggelami air.
"Kandang itu dibina di luar rumah dan saya perlu kerap menjenguk ke luar apabila kawasan ini dinaiki air bagi memastikan ia tidak sampai ke paras atas kandang tersebut,” katanya.
Muhammad Firdaus berkata jika paras air semakin tinggi, beliau perlu mengalihkan haiwan ternakannya itu ke tempat lebih selamat.
"Mengalihkan kambing-kambing ini satu tugas sukar dan saya perlu bertindak awal untuk berbuat demikian dengan bantuan adik-beradik saya.
"Ini termasuklah mengalihkan mereka menggunakan sampan seekor demi seekor ke kawasan lebih tinggi. Alhamdulillah, air tidak sampai ke paras itu kali ini," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Bagaimanapun, Muhammad Firdaus berkata laluan ke kandang kambing biri-biri itu ditenggelami air dan perlu diredah untuk memberi haiwan tersebut makan.
Beliau juga memiliki haiwan ternakan lain seperti lembu dan kuda yang perlu dilindungi daripada banjir itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020
Muhammad Firdaus memeriksa 25 ekor kambing biri-biri ternakannya ketika tinjauan di Kampung Banggol, Setiu, 5 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Baju panas milik Puteri Diana dilelong pada harga RM5.34 juta
Baju panas berkenaan, yang ditemui pada bulan Mac lalu, antara beberapa objek milik 'Puteri Rakyat' itu yang dilelong.
Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'
Biri-biri itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak yang berkaitan untuk membantu.
Pemuda OKU cekal redah banjir beri makan haiwan ternakan
Muhammad Firdaus berkata jika paras air semakin tinggi, beliau perlu mengalihkan haiwan ternakannya itu ke tempat lebih selamat.
Ribuan kambing biri-biri mati lemas akibat kapal terbalik
Kapal yang dikenali sebagai Queen Hind itu terbalik selepas belayar dari Pelabuhan Midia.