Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan kerana ia dilihat hanya akan menguntungkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan tarif elektrik itu bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api tetapi juga "menambahkan laba keuntungan TNB".
"Sebagai GLC, TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata," tambahnya.
Dalam ucapannya, Khairy turut mengingatkan TNB dan GLC-GLC lain supaya janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.
"Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya.
Pada Isnin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014.
Kenaikan tarif eletrik itu mendapat bantahan banyak pihak antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyifatkan pengenalan tarif baharu elektrik itu sebagai tidak munasabah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tarif baharu elektrik tersebut akan menyebabkan kos-kos lain yang bersangkutan dengannya turut meningkat.
Selain membantah kenaikan tarif elektrik, Khairy Khairy berkata Pemuda UMNO juga mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbukti bersalah dalam mengurus aset atau perbelanjaan negara seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara.
Katanya, Pemuda UMNO juga mahu agar proses audit yang berorientasikan pemantauan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera.
"Ini bagi membolehkan sebarang ketirisan dapat diketengahkan untuk tindakan kementerian yang terbabit semasa pengauditan dibuat, bukannya selepas seluruh proses itu selesai.
"Jika ada salah laku yang nyata, kita wajib dakwa, jangan sampai rakyat tertanya-tanya," katanya.
Khairy juga menegaskan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya negara-negara asing yang dilapor mengintip Malaysia baru-baru ini.
"Jangan sesekali ada yang mengambil kesempatan atas diplomasi dan semangat persahabatan yang kita tunjukkan selama ini di peringkat antarabangsa. Ini suatu penjarahan terhadap kedaulatan serta maruah negara kita.
"Lantaran itu, Pemuda menggesa agar Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Luar Negeri dapat menyiasat punca dan cara pengintipan ini dijalankan," jelasnya.
Beliau juga menegaskan Pemuda UMNO juga memohon agar kerajaan meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membina perumahan mampu mililk menambah jumlah rumah trasnit menerusi Program rumah Transit untuk pasangan muda baru berkahwin.
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 04 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar
Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi antara calon politik atau bukan, dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah GLIC dan GLC.
Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat GLC bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik.
2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.