KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut, selepas secara rasminya mengesahkan slot ke temasya Paris 2024 pada 23 Julai-11 Ogos ini.
Juara dunia keirin 2017 yang sudah mencecah usia 36 tahun itu menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya.
Pelumba dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu menganggap penyertaan kali kelima itu sejak penampilan pertama di Beijing 2008, menjadi sejarah besar buat dirinya selepas turut beraksi di edisi London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
"Lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakannya amat sukar dan rumit, ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut.
"Setiap kitaran Sukan Olimpik mengambil masa selama empat tahun, bermaksud pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah 20 tahun," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Beliau turut menyifatkan penampilannya kali ini di Olimpik sebagai 'amat menarik' kerana sudah berumur 36 tahun.
"...rata-rata dari kita percaya yang ianya sudah lewat dan prestasi seseorang atlet itu mulai melantai. Apa yang saya tonjolkan kepada mereka yang celik di sini adalah ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mendustai normal," kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Mohd Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama Malaysia meraih pingat di Olimpik selepas membawa pulang gangsa menerusi keirin pada edisi Rio 2016 dan perak dalam acara sama di Tokyo 2020.
Beliau yang kini berada dalam fasa terakhir persediaan ke Olimpik, turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan penuh dan mendoakan kejayaan beliau serta atlet-atlet lain yang akan membawa cabaran negara ke Paris.
Terdahulu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan bahawa Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri layak ke Olimpik secara rasminya bagi acara keirin dan pecut.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebelum ini pernah beraksi di empat Olimpik iaitu Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 dan beliau membawa pulang tiga pingat perak bermula 2008 hingga 2016.
Penerjun wanita Datuk Leong Mun Yee merupakan atlet pertama negara beraksi di lima Olimpik (Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Azizulhasni menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya. - Gambar fail
Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.
AWANI Ringkas: Penganjur Pesta Aloha di Terengganu dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Komunikasi tidak keluarkan peraturan bagi panggilan dan teks WhatsApp
Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Dia salah pintu... nak hantar memorandum cari tempat betul - Loke
"Kalau nak hantar memorandum bantahan tak sepatutnya pergi Kementerian Pengangkutan," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai bantahan di depan MOT di Putrajaya pagi tadi.
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya.
Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis
Kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada mereka ditangkap tentera Israel.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
MOT minta Prasarana bincang dengan PBT, selenggara pokok berisiko
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minta Prasarana berbincang dengan PBT agar penyelenggaraan dibuat sepanjang masa di kawasan berisiko terutama pokok-pokok besar yang berdekatan dengan laluan tren.
Melbourne laksana perintah berkurung, Azizulhasni mohon rakyat doakan keselamatan keluarganya
Jaguh acara pecut berbasikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga susulan perintah berkurung