Penanda aras yang digunakan Malaysia dalam mengukur kualiti udara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika ini adalah selaras dengan apa yang yang diguna pakai di seluruh dunia, sebagaimana yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata orang ramai tidak seharusnya membuat perbandingan dengan Singapura dalam menentukan soal penanda aras ini, kerana penanda aras sejagat sudah sedia ada.
Beliau berkata berdasarkan saiz, Singapura mungkin tidak memerlukan stesen pengawasan IPU yang banyak, sedangkan Malaysia yang ketika ini memiliki lebih 50 stesen, masih merasakan jumlah itu belum mencukupi.
Menurutnya kerajaan faham bahawa parameter yang digunakan ketika ini adalah berdasarkan habuk halus bersaiz kurang daripada 10 mikrometer (PM10) berbanding 2.5 mikrometer (PM2.5) yang digunakan Singapura, namun langkah-langkah menangani jerebu, khususnya dalam soal yang berkaitan penjagaan kesihatan orang ramai semasa negara menghadapi jerebu, tidak pernah dikompromi.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sarawak 2015 di Dewan Hikmah di sini petang ini, beliau berkata di Malaysia apabila bacaan IPU mencapai 100, orang ramai sudah diminta berjaga-jaga, apabila mencecah 150 aktiviti pembenihan awam sudah mula
dilaksanakan, dan apabila mencapai 200, sekolah-sekolah dinasihati supaya menangguhkan sesinya.
Wan Junaidi berkata lain halnya dengan sesetengah negara jiran misalnya, yang ada sesetenghnya menetapkan supaya sekolah hanya ditutup apabila IPU mencapai 300, dan pembenihan awan tidak dijalankan.
Namun, menurutnya, usaha membaiki sistem sedia ada sentiasa dilaksanakan, dan berdasarkan sistem perolehan kerajaan, Malaysia dijangka menggunakan pengukuran PM2.5 selewat-lewatnya pada 2017, dan ketika itu sistem lebih bersepadu akan diwujudkan dengan turut mengambil kira pengukuran tahap pencemaran sungai dan laut.
Beliau berkata soal-soal lain yang berkaitan, seperti soal waktu untuk menutup sekolah, soal kesihatan orang ramai, atau soal menghantar bantuan ke negara jiran untuk membantu usaha memadamkan kebakaran; perlu dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Bagaimanapun, katanya, soal percanggahan atau sebarang kekeliruan tidak seharusnya wujud kerana setiap agensi yang berkaitan turut menghantar wakil ke mesyuarat Majlis Menangani Jerebu yang dipengerusikannya dari semasa ke semasa dalam usaha mencapai konsensus dalam setiap isu yang berkaitan dengan masalah jerebu.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau difahamkan Singapura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikatnya yang berada di Indonesia yang didapati terbabit menyumbang kepada masalah jerebu, dan menurutnya negara itu mungkin boleh melakukannya kerana ia mempunyai undang-undang berkaitan soal 'jerebu merentasi sempadan'.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak dapat berbuat demikian kerana negara tidak memiliki rang undang-undang berkenaan, namun menurutnya beliau dalam proses berbincang dengan penasihat undang-undang dan juga pejabat Peguam Negara berhubung cadangan menggubal rang undang-undang berkenaan.
Bernama
Sun Oct 04 2015
WAN JUNAIDI: Orang ramai tidak seharusnya membuat perbandingan dengan Singapura dalam menentukan soal penanda aras ini, kerana penanda aras sejagat sudah sedia ada.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.