awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
25/09/2023
22:00 MYT
Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Johari mengadakan pertemuan dua hala dengan Wang Huning di Dewan Besar Rakyat Beijing sempena lawatan rasminya ke republik itu, Beijing, 25 Sept 2023. --fotoBERNAMA
BEIJING: Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning, bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul, di Beijing pada Isnin, lapor Xinhua.
Sambil memuji persahabatan tradisi yang berkekalan antara China dan Malaysia, Wang menyifatkan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia dengan berkongsi masa depan, sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman dalam mengamalkan diplomasi kejiranan.
China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengukuhkan lagi kepercayaan politik dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC bersedia mengukuhkan lagi pertukaran dengan pelbagai sektor Malaysia termasuk parlimennya untuk memajukan pembinaan Komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan.
Sambil menyatakan bahawa tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Johari berkata Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan China dalam menggalakkan kerjasama ekonomi, budaya dan bidang lain untuk memperkukuh perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada China kerana berjaya mengadakan majlis perasmian Sukan Asia yang meriah.
Parlimen Malaysia bersedia untuk terlibat secara aktif dalam pertukaran mesra dengan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC untuk memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara pelbagai sektor kedua-dua negara, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penasihat utama politik China
#Wang Huning
#Speaker Dewan Rakyat
#Johari Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan