Pencarian MH370 liputi 7,236km persegi tanpa penemuan penting

Fasa terkini operasi pencarian MH370 di dasar laut Lautan Hindi Selatan telah mencapai liputan tinjauan yang ketara, namun sehingga kini tiada penemuan penting atau hasil muktamad dikenal pasti. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Fasa terkini operasi pencarian MH370 di dasar laut Lautan Hindi Selatan telah mencapai liputan tinjauan yang ketara, namun sehingga kini tiada penemuan penting atau hasil muktamad dikenal pasti.
Ringkasan AI
- Operasi pencarian MH370 di Lautan Hindi Selatan mencapai liputan yang ketara tetapi masih tiada penemuan penting atau hasil muktamad.
- Laporan terkini menyatakan operasi dijalankan di atas kapal Armada 8605 yang meliputi kawasan kira-kira 7,236.40 kilometer persegi hingga 15 Jan 2026.
- Keadaan cuaca menggalakkan operasi tinjauan sehingga 14 Jan sebelum dihentikan akibat cuaca buruk; aktiviti berjalan tanpa gangguan dengan tiga Hugin Autonomous Underwater Vehicles (AUV) digunakan.
Keadaan cuaca adalah menggalakkan bagi usaha tinjauan berterusan sehingga 14 Jan, sebelum operasi dihentikan pada 15 Jan akibat cuaca buruk. Ketiga-tiga AUV berjaya dikeluarkan dengan selamat dan dibawa naik ke atas Armada 8605.
"Operasi ini terus berkembang secara berperingkat dan teratur dalam kawasan pencarian yang telah ditetapkan, dengan hasil selanjutnya bergantung kepada kesinambungan tinjauan serta keadaan operasi yang menggalakkan," menurut laporan itu.
Berikutan tempoh lanjutan, Armada 8605 dijadualkan kembali ke Fremantle bagi pertukaran kru sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.
Pada 3 April tahun lepas, kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk menyambung semula operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
MH370 hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


