awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau, tiga LRA di Selangor berisiko henti tugas

Bernama
Bernama
09/06/2022
16:48 MYT
Pencemaran bau, tiga LRA di Selangor berisiko henti tugas
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan terdapat insiden pencemaran bau seakan diesel sehingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi, pada 11.15 pagi Khamis. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan terdapat insiden pencemaran bau seakan diesel sehingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi, pada 11.15 pagi tadi yang berisiko menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) dihentikan operasi.
Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian dalam kenyataan berkata Ops Sumber Air Negeri Selangor yang dikendalikan oleh LUAS bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah mengaktifkan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.
"LUAS sudah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh ke kawasan terbabit di hulu muka sauk yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA Semenyih 2, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang.
"Anggaran jarak lokasi pencemaran ke tiga muka sauk LRA Semenyih 2 adalah 6.63 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (18 km) dan LRA Labohan Dagang (31.9 km)," katanya.
Beliau berkata LUAS telah menjalankan siasatan di beberapa lokasi di Sungai Balak dan ujian pensampelan bau mencatatkan bau sehingga dua ton, manakala di Sungai Sekamat dan di kawasan hulu Sungai Hulu, tiada sebarang penemuan berkaitan pencemaran bau dikesan.
Katanya sehingga 5 petang tadi, tiada lagi kesan bau seakan minyak di sekitar Sungai Balak.
"Dalam pada itu, LUAS juga menjalankan pemantauan statik dan pensampelan di sekitar Jambatan Kampung Teras Jernang dan pensampelan ujian bau dijalankan setiap 30 minit," katanya.
Hee berkata bacaan yang diperoleh adalah sekitar dua ton dan sehingga 9 malam tadi tiada sebarang pencemaran dikesan di kawasan muka sauk LRA.
Beliau berkata LUAS dan Air Selangor masih lagi menjalankan siasatan terhadap punca pencemaran bau itu dan kekerapan pensampelan bau LUAS di Sungai Langat juga dipertingkatkan daripada satu jam kepada 30 minit bagi memantau rapi status semasa air sungai.
Selain itu katanya, LUAS akan mempergiatkan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan operasi LRA dan bekalan air kepada pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LUAS
#Lembaga Urus Air Selangor
#LRA
#pencemaran bau
#loji rawatan air
#Selangor
#SPAN
#Air Selangor
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan