Seorang penceramah bebas yang merupakan suspek utama merekrut rakyat Malaysia untuk perbuatan pengganas di Syria, pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini.
Mengikut pertuduhan, Zulqarnian Ghaz Ab Ghani, 31 didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan senjata api dengan niat untuk meneruskan perjuangan agama bagi menggugut orang awam di sana.
Zulqarnian yang direman sejak 28 hari lalu didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2014 dan 28 Ogos 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang membolehkan hukum penjara seumur hidup atau sehingga 30 tahun atau denda dan rampasan harta yang digunakan bagi tujuan tersebut jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin telah memohon satu tarikh sebutan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab.
Zulqarnian yang ditangkap pada 7 Julai lepas di Wangsa Maju di sini kelihatan tenang di kandang tertuduh dan tersenyum sambil memandang ke arah anggota keluarganya yang turut hadir di mahkamah.
Majistret Zulyana Zolkapli menetapkan 11 Sept depan untuk sebutan semula kes.
Tiada pengakuan direkod dari tertuduh kerana ia merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bernama
Wed Aug 05 2015
Zulqarnian yang direman sejak 28 hari lalu didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2014 dan 28 Ogos 2014. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS
Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan bacaan, menghasut dan memberi kemudahan menyokong perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan
Indeks Pelopor Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatkan 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Kematian akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan
Tindakan Donald Trump ampun tiga tentera AS terlibat jenayah di Iraq dan Afghanistan dikutuk. United Kingdom turut didesak ambil tindakan kes bunuh libatkan tenteranya.
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu.