KUALA LUMPUR: Pendapatan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan 2023 (FY2023) telah menurun kepada RM343.6 bilion, berbanding RM372.3 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
Syarikat minyak nasional itu telah merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM80.7 bilion, pengurangan sebanyak RM20.9 bilion berbanding tahun kewangan sebelumnya, manakala margin keuntungan kasar dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berada pada paras RM128.6 bilion.
Dalam sesi pengumuman pada Jumaat, ia berkata, pengurangan pendapatan dan keuntungan itu disebabkan purata realisasi harga yang lebih rendah, namun sebahagian besarnya telah diimbangkan dengan peningkatan volume produk petroleum, serta impak pertukaran asing.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, syarikat itu telah mencatatkan prestasi yang mampan dan berdaya saing bagi tahun 2023, biarpun beroperasi dalam persekitaran yang tidak menentu.
“Bergerak ke hadapan, Petronas akan terus memastikan pengurusan kewangan dan displin yang berhemah, di samping menggandakan usaha mengurangkan emisi dalam perniagaan teras, serta mencari penyelesaian kepada tenaga bersih.
“Kami tetap komited untuk melaksanakan Strategi Peralihan Tenaga kami, biarpun kami berusaha untuk memastikan kecemerlangan operasi. Penyampaian dalam kedua-dua bidang ini penting untuk terus mengembangkan nilai portfolio perniagaan bersepadu kami,” tambahnya.
Tengku Muhammad Taufiq berkata, Petronas telah membangunkan strategi yang jelas untuk peralihan tenaga, bertujuan untuk memastikan pendekatan yang seimbang dalam menawarkan penyelesaian pengurangan pelepasan sementara kami meletakkan asas untuk sistem tenaga baharu.
Melihat prestasi ketika ini, beliau berkata, Petronas berjaya mencapai kemajuan dalam memenuhi sasaran jangka terdekat mereka untuk menghadkan pelepasan pada 49.5 juta tCO2 menjelang 2024 dalam operasi domestiknya.
Dalam pada itu Tengku Muhammad Taufiq berkata, Petronas masih kekal merealisasikan fungsinya sebagai syarikat nasional negara, dengan pembayaran RM40 bilion untuk Kerajaan bagi tahun kewangan 2023, serta RM2 bilion untuk Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), di samping RM850 juta untuk kemampanan dan kesejahteraan komuniti.
Bagi tahun kewangan 2024 pula, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Liza Mustapha berkata, Lembaga Pengarah telah meluluskan pembayaran RM32 bilion kepada Kerajaan.
Firdaus Azil
Fri Mar 15 2024
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu. - Gambar fail
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.