Insiden pendaratan cemas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan Kem Gubir dekat Kedah petang semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Affendi Buang berkata masalah mekanikal yang dikesan berlaku pada bahagian sawat kipas helikopter berkenaan.
Affendi berkata kipas rotor dipercayai tidak dapat mengekalkan kelajuannya sekali gus menyebabkan pesawat berkenaan kekurangan tenaga untuk terbang lebih tinggi.
"Kami belum dapat spesifik lagi, tapi daripada diskripsi juruterbang atau kapten pesawat, ia berkemungkinan disebabkan masalah mekanikal...rotor kipas tidak dapat kekalkan kelajuan.
"Itu yang kami tahu dan mungkin selepas selesai siasatan lebih lanjut baru kami akan dapat lebih terperinci lagi," katanya.
BACA: Nuri mendarat cemas, 11 anggota tentera selamat
Affendi berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) ke-38 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Menurutnya, TUDM kini menggantung sementara operasi helikopter Nuri sehingga keputusan siasatan punca sebenar diperoleh.
"Apa-apa pun, keputusan akan dibuat selepas lembaga penyiasatan membuat rumusan dan keputusan," katanya lagi.
Affendi dalam pada itu turut memaklumkan, TUDM masih menggunakan khidmat lapan pesawat Nuri yang diperoleh sejak 1970-an yang beroperasi di Skuadron Kuching, Sarawak dan Butterworth, Pulau Pinang.
Semalam, TUDM dalam kenyataan berkata kejadian berlaku ketika pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu sedang membawa empat anak kapal serta 11 anggota Tentera Darat Malaysia dan sedang melaksanakan penerbangan untuk misi ulang bekal.
Semua anak kapal serta penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut, menurut kenyataan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
Keadaan helikopter Nuri TUDM yang mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pendaratan cemas Nuri dipercayai berpunca akibat masalah mekanikal
Insiden pendaratan cemas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan Kem Gubir dekat Kedah petang semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal.