awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah kepada tahap dua - Mohamad
50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Bernama
11/01/2025
08:25 MYT
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut. - Facebook Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia
KOTA BHARU: Pasukan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan menyatakan, pihaknya menahan seorang lelaki warga Bangladesh ketika cuba memasuki Malaysia secara haram melalui Sungai Golok semalam.
Menurut kenyataan itu hari ini, lelaki berkenaan ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
"Ketika rondaan, pasukan operasi mengesan tiga lelaki dewasa mencurigakan di kawasan itu. Namun, dua daripadanya melarikan diri ke arah Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok.
"Hasil pemeriksaan, lelaki yang ditahan mengaku tiba di Bangkok, Thailand, melalui penerbangan dari Bangladesh pada Rabu lepas. Dia kemudian dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand oleh seorang ejen atau tekong yang mengatur kemasukan secara haram melalui laluan air," menurut kenyataan itu.
Antara barangan yang dirampas ialah pasport, visa pelancong, telefon bimbit, serta wang tunai dalam mata wang Bangladesh dan Malaysia dengan nilai keseluruhan RM571.63.
Lelaki berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#sempadan malaysia-thaiand
#Sungai Golok
#tenterda darat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan