MALAYSIA
Pendekatan keseluruhan kerajaan tangani isu 3R secara proaktif - Aaron

Aaron berkata pendekatan berkenaan merangkumi segmen penguatkuasaan yang melibatkan pendekatan hukuman dan kedua, segmen intervensi, mediasi serta kesedaran menerusi pendekatan pembaharuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Langkah proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) diambil menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan atau "Whole of Government" yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi secara bersepadu.
Ringkasan AI
- Pendekatan keseluruhan kerajaan atau "Whole of Government" diambil untuk menangani isu-isu berkaitan agama, kaum, dan institusi diraja (3R) dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi secara bersepadu.
- Segmen penguatkuasaan melibatkan tindakan undang-undang oleh KDN, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi, dan MCMC terhadap pihak yang mencetuskan isu 3R, sementara segmen intervensi, mediasi, dan kesedaran menumpukan kepada pencegahan konflik dari peringkat akar umbi.
- Inisiatif berimpak tinggi seperti pemantauan isu sensitif, pelantikan mediator komuniti, dan penubuhan Pusat Mediasi Komuniti dilaksanakan untuk memperkukuh pendidikan, kesedaran, dan pemulihan hubungan antara rakyat demi memastikan perpaduan negara terus terpelihara.
"Siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa dan tindakan hanya diambil selepas pertimbangan sewajarnya oleh Jabatan Peguam Negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Bagi segmen intervensi, mediasi dan kesedaran pula, beliau berkata ia menumpukan kepada usaha mencegah konflik bermula dari peringkat akar umbi.
Aaron berkata kementeriannya memainkan peranan utama melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi seperti pemantauan isu sensitif, pelantikan mediator komuniti, penubuhan Pusat Mediasi Komuniti serta penglibatan dalam Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI), Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Sabah, Sarawak serta Exco Negeri (MExUnity) dan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan.
Beliau berkata turut digerakkan adalah pelbagai program dan kempen perpaduan yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keharmonian nasional.
"Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bukan sahaja dalam mengambil tindakan tegas terhadap pelaku isu 3R, tetapi juga dalam memperkukuh pendidikan, kesedaran dan pemulihan hubungan antara rakyat demi memastikan perpaduan negara terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami