PUTRAJAYA: Pendekatan yang sesuai untuk Kuala Lumpur ketika ini bagi mendepani pandemik COVID-19 ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di beberapa lokaliti, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beberapa kerajaan negeri telah memohon kepada agensi itu supaya PKP dilaksanakan semula di negeri terbabit susulan peningkatan kes yang tinggi dan kebarangkalian bahawa ia akan terus meningkat.
"Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati, ada beberapa lokaliti tapi kita harap kita juga diletak nanti dalam PKP bersasar.
"Ini bermakna kita akan tengok di mana kawasan dan tempat yang perlu diperketat PKP, kita akan perketatkan," katanya kepada media selepas Program Prihatin Rakyat Ramadan Putrajaya hari ini.
Annuar berkata pihak MKN mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan negeri terbabit dengan mengambil kira kepentingan menyeimbangkan antara kehidupan dan nyawa rakyat.
"Ia satu situasi yang cukup sukar. Saya sebagai ahli MKN Khas COVID-19 hampir setiap hari bermesyuarat dan mendengar nasihat pakar daripada agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau kelompok profesional yang mengurus kesihatan sampailah kepada agamawan yang memberi nasihat dari pelbagai sudut bagaimana harus kita tangani COVID-19.
"Jelas tidak ada formula tetap atau cara terbaik yang tertentu untuk mengurus COVID-19 kerana ia sangat unik.
"Setiap gelombang, setiap fasa kita terpaksa menggunakan kaedah yang berbeza," katanya.
Pada majlis itu, seramai 400 golongan asnaf di Putrajaya menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan menerusi Program Prihatin Ramadan, yang antara lain, bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut merasai kemeriahan melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.
Program itu adalah kerjasama strategik antara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Perbadanan Putrajaya (PPj), Kumpulan Media Prima dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
KWP, PPj dengan kerjasama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran turut menginfakkan sebanyak RM4,000 naskhah al-Quran al-Karim Mushaf Putrajaya.
Bernama
Mon May 03 2021
ANNUAR: Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati. -Gambar fail/ Bernama
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.
Komitmen kerajaan kaji semula gaji penjawat awam beri kesan positif kepada sektor swasta - PKPB
Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula tangga gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah dilihat sebagai satu langkah yang baik, sekali gus memberi kesan positif kepada pekerja sektor swasta.
Perlu ada keazaman, kesungguhan jayakan hasrat PM perkasa TVET - PKPB
Ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.
PRU15: Parti politik perlu terima keputusan rakyat esok
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan seluruh parti politik menerima apa sahaja keputusan serta mandat baharu yang rakyat berikan bermula esok.
Lima perkara penting kenyataan media Hishammuddin Hussein pada 13 Ogos
KPDNHEP juga telah melakukan 2,598 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,597 premis mematuhi SOP manakala 1 lagi diberi amaran.
173 dikompaun ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada Selasa, KPDNHEP telah membuat 1,004 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.
375 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin pada 2 Ogos
KPDNHEP telah membuat 800 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas
290 individu ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin
KPDNHEP telah membuat 806 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (619), pemborong (156) dan pengilang (31).
355 ditahan ingkar SOP, berikut lima perkara penting kenyataan Hishammuddin pada 28 Julai
Op Benteng melibatkan ATM, PDRM, APMM, JIM, JKDM, AKSEM dan agensi-agensi keselamatan lain.