Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi juga memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan akses yang lebih mudah kepada keadilan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan juga kini mengusahakan pelbagai inisiatif AI dalam proeses pendigitalan mahkamah.
Ini termasuklah pengenalan inisiatif digital seperti 'e-jamin' dan 'e-review' yang bertujuan mengurangkan keperluan bagi peguam dan anak guam mereka, datang secara fizikal ke mahkamah, yang seterusnya menjimatkan masa dan kos semua pihak serta penggunaan sistem rakaman transkrip mahkamah secara digital dan 'digitally secured evidence'.
"Sepanjang tahun 2020, kerajaan akan terus berusaha dan memperkenalkan pelbagai inisiatif AI yang lain, bagi mendigitalkan mahkamah dan memastikan akses yang mudah demi keadilan untuk semua," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Profession undang-undang perlu menerima pendigitalan, seperti mana Badan Kehakiman Sabah dan Sarawak yang telah menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.
"Saya gembira untuk mengetahui sokonan daripada Badan Kehakiman terhadap usaha-usaha kerajaan dalam mendigitalkan mahkamah melalui penggunaan AI dam teknologi maklumat. Sokongan daripada hakim-hakim utama juga amat penting.
"Oleh itu saya ingin merakamkan penghargaan kerajaan atas sokongan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak untuk inisiatif-inisiatif ini," katanya.
Inisiatif digital ini bukan sahaja memudahkan akses kepada keadilan, dengan mengurangkan keperluan untuk kehadiran fizikal di Mahkamah, tetapi juga memberi kesedaran yang baik untuk alam sekitar dalam mengurangkan penggunaan kertas dan pencemaran karbon akibat perjalanan ke Mahkamah.
Bernama
Mon Jan 20 2020
Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi juga memperkenalkan penggunaan AI.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pendigitalan mahkamah: Mudahkan proses keadilan
Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi juga memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan akses yang lebih mudah kepada keadilan.