KUANTAN: Kerajaan Pahang disaran bukan sekadar membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro di Maran, malah perlu mewartakan kawasan itu sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).
Itu permintaan penduduk Maran yang mahu satu jaminan dari Kerajaan Pahang supaya tiada lagi lesen pembalakan dikeluarkan pada masa hadapan bagi memastikan kelestarian alam sekitar.
Bagi seorang suri rumah, Saadiah Md Pilus, tindakan membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro itu satu keputusan tepat dan disambut baik oleh penduduk Maran.
Namun adalah bagus sekiranya diwartakan juga hutan tersebut sebagai HSK bagi menjaga alam sekitar untuk jangka panjang.
"Membatalkan memang bagus sangatlah. Saya kira sebagai warga Maran, memang rasa seronoklah jika dibatalkan... setuju sangat. Kalau terus (diwartakan) jadi hutan simpan lagi bagus. Kita akan sejahtera bila ada kawasan hutan simpan macam ni, jadi jangan ditogelkan," ujarnya.
Bagi pengusaha madu kelulut, Ramli Maarof, langkah mewartakan hutan Bukit Makro sebagai HSK atau menukarkan statusnya kepada hutan tadahan air adalah supaya dapat melindungi fungsi hutan yang begitu penting kepada masyarakat, hidupan liar dan alam sekitar.
Hutan tersebut terlalu hampir dengan petempatan penduduk dan menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong pada setiap hujung minggu dan tidak sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pembalakan.
"Saya cadangkan pada kerajaan negeri kalau boleh wartakanlah kawasan Bukit Makro ni, sama ada kawasan tadahan air ataupun kawasan hutan kekal untuk pengunjung melakukan aktiviti hiking. Sekarang ini, majlis dah adakan tempat hiking untuk pengunjung. Pengunjung makin bertambah setiap hari terutamanya hari Sabtu dan Ahad," katanya.
Ramli juga memberitahu, kawasan hutan Bukit Makro itu juga menjadi sumber air semula jadi yang boleh digunakan oleh penduduk di Maran sekiranya bekalan air terputus.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zamberi Mohd Sham, juga mahu Kerajaan Pahang menggazetkan hutan Bukit Makro sebagai HSK sebagai jaminan kawasan tersebut tidak boleh diterokai mana-mana pihak selepas ini.
Katanya, jika kawasan hutan tersebut tidak ditukar statusnya, tidak mustahil kegiatan sama akan berulang pada masa akan datang.
Bagi Mohd Zamberi, penduduk Maran tidak mahu kemusnahan dilakukan di sekitar hutan Bukit Makro yang berada di tengah-tengah bandar ini menjadi punca kepada banjir besar.
"Khazanah alam itu lebih menguntungkan rakyat... lebih memberi manfaat kepada daerah Maran yang tidak ada pusat pelancongan yang yang betul-betul berdaya maju. Untuk menarik pelancong dan memajukan Bukit Makro adalah salah satu agenda pelancongan Negeri Pahang sepatutnya, tapi Alhamdullillah ini telahpun dirintis oleh Majlis Daerah Maran dan rakyat. Orang Maran menyokong apa yang dibuat oleh Majlis Daerah Maran," kata peniaga itu.
Pada Rabu lalu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin memaklumkan lesen pembalakan di kawasan hutan berhampiran Bukit Makro, Maran dibatalkan dan segala aktiviti pra pembalakan di kawasan itu turut dihentikan.
Katanya, kelulusan yang diberikan kepada Amanah Saham Pahang (Aspa) melibatkan kawasan seluas 40.47 hektar itu dibatalkan pada 17 Januari lalu.
Astro Awani
Fri Feb 18 2022

Jika hutan itu diselamatkan, banyak faedah alam sekitar dapat dinikmati warga tempatan dan juga pengunjung dari luar. - Astro AWANI

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Penduduk Maran cadang hutan Bukit Makro dijadikan hutan simpan kekal
Jika hutan itu diselamatkan, banyak faedah alam sekitar dapat dinikmati warga tempatan dan juga pengunjung dari luar.

Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
Keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan kepentingan awam.