awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Pulau Gaya, Kota Kinabalu diarah berpatah balik ke rumah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
25/03/2020
13:48 MYT
Penduduk Pulau Gaya, Kota Kinabalu diarah berpatah balik ke rumah
Bagaimanapun, kesemua aktiviti peniagaan di pasar berkenaan telah ditutup bermula jam 5 petang.
Sekumpulan penduduk Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang menumpang beberapa bot terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpatah balik semula ke pulau itu.
Ini berikutan arahan sekatan pergerakan sepenuhnya telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi menyekat sebarang aktiviti keluar masuk dari pulau berkenaan.
Difahamkan, beberapa bot penumpang itu mula berkumpul dan mendekati Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang Rabu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Maritim Mohd Rosli Abdulah berkata, sebarang pergerakan dari arah Pulau Gaya menuju ke pusat bandar (Kota Kinabalu) dihentikan serta-merta kecuali melibatkan kes mustahak.
"Seramai 11 anggota APMM dengan dua bot rondaan telah mengarahkan bot-bot penumpang ini supaya patah balik.
"Kita akan terus melaksanakan rondaan dan pemantauan PKP di lokasi itu dari semasa ke semasa," katanya.
BACA: Tiga daerah di Sabah dikenal pasti penyumbang COVID-19
BACA: COVID-19: Pengecualian bil air, diskaun bil elektrik di Sabah selama tiga bulan
Terdahulu, segelintir penumpang bot berkenaan memberi alasan untuk keluar kerana mahu membeli barangan keperluan.
Bagaimanapun, kesemua aktiviti peniagaan di pasar berkenaan telah ditutup bermula jam 5 petang.
Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan, kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan sebarang aktiviti pergerakan di Pulau Gaya selepas menerima laporan terdapat kes positif COVID-19 di pulau berkenaan.
Jelasnya dalam sidang media semalam, pasukan perubatan akan dihantar ke pulau yang terletak kira-kira 15 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu itu, dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, untuk hal mustahak dan pergerakan penduduk yang bekerja sektor penting seperti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) atau hospital, adalah dibolehkan.
Topic Berkaitan
#COVID19
#keluar rumah
#Kota Kinabalu
#perintah kawalan pergerakan
#Pulau Gaya
#sekatan pergerakan
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan