KUALA LUMPUR:Penerbitan bukanlah kriteria mutlak yang membolehkan seseorang pensyarah dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai profesor.
Itu tegas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar yang menyifatkan semua pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan selain perlu melalui beberapa proses saringan yang ketat.
"Dari segi proses dan prosedur kenaikan pangkat ke jawatan profesor yang dilaksanakan di UMT, permohonan yang dikemukakan oleh ahli akademik akan melalui pelbagai proses saringan ketat yang memenuhi syarat kecemerlangan akademik yang telah diperakukan oleh Senat sebagai badan akademik tertinggi di universiti dan juga diluluskan oleh Lembaga Pengarah Univesiti sebagai Pihak Berkuasa Tertinggi di universiti.
"Kriteria kenaikan pangkat sebagai Profesor di UMT antara lain merangkumi amanah pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan buku dan artikel jurnal terindeks, pemindahan ilmu, pembentangan ilmiah serta kepimpinan akademik dan pengurusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Nor Aieni, apabila permohonan dibawa ke Jawatankuasa Penapis di peringkat univesiti, ia akan disaring dan dinilai oleh jawatankuasa yang dianggotai antaranya oleh ahli Senat yang bertaraf profesor.
"Dari segi penerbitan, pihak Jawatankuasa Penapis di peringkat universiti akan mendapatkan pengesahan data penerbitan setiap calon melalui portal carian rasmi laman sawang Scopus atau WOS.
"Jika terdapat sebarang artikel jurnal yang tidak dapat disahkan atau tidak diindekskan oleh Scopus atau WOS, artikel yang disenaraikan oleh calon akan ditolak. Pada peringkat ini, mana-mana 'predatory journal' akan dapat dikesan oleh pihak jawatankuasa," ujarnya.
BACA: 'Taksub' terbitkan makalah: KPI pensyarah perlu berteras negara, masyarakat - MPN
Memandang serius laporan Utusan Malaysia pada Ahad bertajuk 'Jalan pintas jadi profesor', Nor Aieni berkata, permohonan calon profesor akan turut dikemukakan kepada penilai luar yang terdiri daripada profesor dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran calon.
"Para penilai luar hanya dilantik dalam kalangan profesor tersohor yang mempunyai pencapaian H-Index sekurang-kurangnya 15 dalam bidang sains dan teknologi dan 10 dalam bidang sains sosial.
"Berdasarkan garis panduan, permohonan calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya tiga orang penilai luar termasuk seorang penilai luar dari luar negara.
"Dari segi aspek penerbitan, sekali lagi pada peringkat ini ia akan disahkan oleh penilai luar yang dilantik bahawa penerbitan calon adalah penerbitan yang sememangnya berwibawa," ujar Dr. Nor Aieni lagi
Tegasnya, permohonan calon akan dikira gagal jika tidak memenuhi aspek sokongan penilai luar yang ditetapkan.
Justeru, beliau mengulangi bahawa keseluruhan proses itu menggambarkan sesuatu permohonan kenaikan pangkat ke jawatan profesor atau profesor madya akan disaring dan dinilai secara telus, adil serta berhemah melalui pelbagai tapisan semakan dan saringan.
Langkah ini katanya adalah untuk menjamin ahli akademik yang diperakukan kenaikan pangkat merupakan mereka yang terbukti pencapaian dalam bidang kesarjanaan masing-masing.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 15 2021
Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar menegaskan, semua pemohon jawatan profesor dan profesor madya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan selain perlu melalui beberapa proses saringan yang ketat. - Foto UMT
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat
Penerbitan bukan kriteria mutlak jadi profesor, saringan ketat
Penerbitan bukanlah kriteria mutlak yang membolehkan seseorang pensyarah dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagai profesor.
Malas, tak nak buat apa-apa? Mungkin universiti ini sesuai untuk anda
Pemohon akan diminta memikirkan aktiviti yang mereka tidak mahu lakukan dan mengapa mereka merupakan orang yang paling layak untuk tidak melakukan apa-apa.
Benny Tai dipecat susulan peranan dalam protes 2014
Pemecatannya dianggap menamatkan kebebasan akademik.
Ramuan rahsia dalam membentuk rakyat Malaysia
Profesor di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia, Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkongsi ramuan rahsia dalam mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia.
Selepas tular sedunia, Prof Kelly jawab soalan tentang keluarga dan seluarnya
Dalam video itu, Profesor Robert E. Kelly akui kekecohan berpunca dari kesilapannya yang lupa mengunci pintu ketika temu bual berlangsung.
Kenyataan Profesor Harvard satu penghinaan terhadap graduan tempatan - Mahdzir
Katanya kenyataan itu juga 'tidak cerdik' kerana dibuat tanpa kajian mendalam mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dibuat berasaskan sistem di negara maju.
Profesor kejam dipenjara 12 tahun, dera pelajar makan tahi
Pelajar tersebut turut dipukul dengan kayu besbol serta dibungkus kepala dengan plastik lalu disembur dengan penyembur pemedih mata.