WASHINGTON: Selepas majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi memihak kepada gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), seorang pegawainya menegaskan bahawa resolusi itu mesti dilaksanakan.
"PGA (Presiden Perhimpunan Agung Dennis Francis) yakin apa yang berlaku semalam merupakan kemenangan besar," menurut jurucakap UNGA Monica Grayley kepada pemberita di New York.
Kenyataannya dibuat sehari selepas 153 negara mengundi menyokong draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza manakala 10 menentang dan 23 berkecuali.
"Kini sudah tiba masanya resolusi itu dilaksanakan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Grayley.
Penerimaan resolusi itu merupakan "ungkapan yang jelas" oleh Perhimpunan Agung, katanya.
Sementara itu, jurucakap setiausaha agung PBB Stephane Dujarric berkata penerimaan resolusi itu menghantar "mesej jelas" daripada masyarakat antarabangsa.
"Bagi pihaknya, Setiausaha Agung (Antonio Guterres) akan terus menyokong dan mendesak gencatan senjata kemanusiaan secara terbuka mahupun tertutup," katanya Dujarric.
Sekurang-kurangnya 18,608 rakyat Palestin terbunuh dan 50,594 lagi cedera dalam serangan oleh tentera penceroboh Israel, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Selepas negara anggota PBB mengundi memihak kepada gencatan senjata segera di Gaza, resolusi itu perlu dilaksanakan. - Gambar fail
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
PBB lulus resolusi Majlis Keselamatan pertimbang keanggotaan penuh Palestin
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong, 9 menentang dan 25 berkecuali.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Thailand alu-alukan resolusi UNSC di Gaza
Thailand yakin bahawa penting bagi semua pihak terlibat untuk mematuhi resolusi ini dalam gesaannya untuk mengurangkan penderitaan manusia.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Resolusi perangi Islamofobia di PBB diterima selepas dapat sokongan majoriti
Resolusi itu diterima pada Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada Jumaat dengan 115 undi menyokong dan tiada undi menentang.
AS bawa resolusi AI ke PBB
AS bersama 40 rakannya dari negara lain berkata AI mempunyai potensi besar untuk membentuk ekonomi, masyarakat dan dunia menjadi lebih baik.
KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera
KEB menjadi platform pelbagai pihak dari latar belakang berbeza berkongsi pandangan dan idea berhubung permasalahan kaum bumiputera.
Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting - Mapim
Resolusi itu tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi tangani cabaran dadah sintetik
Galakkan negara-negara anggota untuk meneroka pendekatan yang inovatif bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh dadah sintetik.
Penerimaan resolusi gencatan senjata di Gaza 'kemenangan penting' - PBB
Selepas negara anggota PBB mengundi memihak kepada gencatan senjata segera di Gaza, resolusi itu perlu dilaksanakan.