PUTRAJAYA: Pengalaman Malaysia menangani pandemik COVID-19 perlu diinstitusikan bagi memastikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan negara berada dalam keadaaan bersedia sekiranya muncul pandemik baharu pada masa akan datang.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengalaman-pengalaman dan tatacara pengendalian COVID-19 boleh dijadikan panduan berguna kepada pegawai-pegawai di KKM kelak.
"Pengalaman pandemik sangat berharga. Ia mesti diinstitusikan sebab pegawai yang berada di KKM sewaktu pandemik (COVID-19) suatu hari nanti akan bersara.
"Saya pun mungkin tidak lama lagi tidak akan berada di sini, yang penting pengalaman itu diinstitusikan supaya ketersediaan (bagi menangani) pandemik akan datang adalah sesuatu yang dapat kita turunkan kepada pegawai-pegawai akan datang," katanya kepada pemberita semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan, di sini, baru-baru ini.
Khairy berkata, sekiranya berlaku pandemik kesihatan lagi di masa hadapan, negara akan lebih bersedia dari pelbagai aspek termasuk cara berkomunikasi yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
"Jangan pengalaman dan segala langkah-langkah yang telah pun diambil oleh KKM dan kerajaan kita lupakan. Jika berlaku pandemik akan datang kita sudah tahu tatacaranya, bagaimana hendak berkomunikasi dengan rakyat, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat, apakah pengajaran yang kita telah belajar daripada pengalaman lepas.
"Semua ini kita telah senaraikan dan kita akan minta supaya dicerakin kepada pegawai-pegawai yang akan datang supaya mereka dapat tahu apakah pengalaman kita dari tahun 2020 hingga 2022. Inilah amalan terbaik yang telah kita buat," katanya.
Selain itu, Khairy berkata, menyedari tempohnya sebagai menteri kesihatan "tidak lama", beliau berusaha menyelesaikan beberapa tugasannya sebelum pembubaran Parlimen bagi memastikan segala dasar dan perancangan KKM berjalan dengan baik.
"Saya ambil kiraan biasa, ikut kiraan biasa Parlimen mesti dibubarkan pada pertengahan tahun hadapan... kita bakal memasuki suku keempat tahun ini.
"Saya terpaksa cakap begini sebab kita kena biasakan pegawai juga kerana dalam tempoh kita bubarkan Parlimen, dah tak ada menteri. Setiap kementerian akan meneruskan perkhidmatan secara juruterbang auto yang diketuai oleh ketua setiausaha kementerian dan sebagainya.
"Kalau saya berpura-pura bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan berlaku, maka pegawai tak reti, jadi kita kena buat segala persiapan mulai sekarang," katanya.
Sementara itu, ditanya apakah yang ingin dilaksanakan lagi sekiranya mempunyai "masa tambahan" di KKM, Khairy berkata, menambah baik prasarana dan fasiliti kesihatan serta memberi tumpuan kepada kebajikan jururawat dan pengamal kesihatan bersekutu adalah antara perkara yang ingin dilakukannya.
"Sejak beberapa minggu lalu, saya turun ke lapangan untuk meninjau fasiliti kesihatan di luar bandar termasuk di Sabah, Sarawak, Kedah dan beberapa negeri lain.
"Saya melihat status prasarana kesihatan kita banyak yang berada dalam keadaan daif dan sekiranya diberikan "waktu tambahan" mestilah (perkara) itu menjadi satu daripada keutamaan supaya kita tidak bazirkan pengalaman (menghadapi) pandemik," katanya, selain turut akan memberi tumpuan kepada soal kebajikan kumpulan jururawat dan pengamal kesihatan bersekutu yang lain. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Pengalaman Malaysia menangani pandemik COVID-19 perlu diinstitusikan bagi memastikan Kementerian Kesihatan dan negara berada dalam keadaaan bersedia sekiranya muncul pandemik baharu pada masa akan datang, kata Khairy. - Gambar BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.