KUALA LUMPUR: Golongan pengamal media berhimpun di ibu negara Malaysia pada Jumaat dan merayu campur tangan masyarakat antarabangsa, terutama mereka yang mempunyai kuasa dan kewajipan untuk melindungai wartawan yang bertugas di zon konflik.
Ketua Biro Al Jazeera Malaysia Sameer Allawi berkata lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
"Apabila wartawan menjadi mangsa, realiti dipadamkan dan hidup kita diletakkan dalam bahaya. Jika media tidak dapat bertahan, begitu juga kita, terutamanya dalam waktu mencabar ini," katanya kepada Bernama dalam perhimpunan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Jumaat.
Perhimpunan ini acara yang julung kali dianjurkan Al Jazeera Malaysia dihadiri hampir 50 individu termasuk media tempatan dan antarabangsa, persatuan wartawan, pertubuhan hak asasi manusia dan badan bukan kerajaan (NGO).
Sameer juga berkata mereka ynag prihatin tentang hak asasi manusia dan layanan tidak adil kepada wartawan supaya bangkit dan mempertahankan wartawan di seluruh dunia, terutamanya dalam kawasan konflik.
"Ini amat penting, terutamanya di Palestin di mana keganasan pendudukan (Israel) telah mengakibatkan kematian wartawan, keluarga dan kanak-kanak serta kemusnahan hospital dan sekolah.
Saya berani bercakap masyarakat antarabangsa tidak menjalankan tugas mereka yang sepatutnya. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka untuk melindungi wartawan dan mendukung kebebasan media di seluruh dunia terutamanya di zon konflik dan khususnya di Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Sameer Allawi berkata lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya. - Bernama
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
Pengamal media main peranan penting beri pandangan, ulasan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengamal media memainkan peranan penting dalam memberi pandangan, ulasan serta pencerahan dalam negara demokrasi.