GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pengambilan khas guru-guru baharu dalam tempoh terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara ketika ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM kekurangan guru kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.
"Sekarang kita mengalami masalah kekurangan guru dan pelbagai usaha serta langkah sedang dijalankan oleh KPM untuk mengatasi masalah itu antaranya kami (KPM) dalam rancangan untuk adakan pengambilan khas guru-guru baharu.
"Pengambilan itu akan diumumkan dalam satu atau dua bulan lagi bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutama bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Institut Pengajian Tinggi Awam Siri 2 Tahun 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu, di sini hari ini.
Lim berkata masalah kekurangan guru itu berlaku di seluruh negara dan bukan hanya negeri tertentu malah turut membabitkan kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.
Sementara itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata pameran itu bertujuan menyediakan platform kepada pelajar sekolah menengah khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mengetahui dengan lebih mendalam peluang yang disediakan oleh kerajaan dan agensi untuk mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang pilihan masing masing.
Katanya, KPM menyeru agar semua pelajar menyertai pameran pendidikan institusi pengajian tinggi awam yang diadakan di empat lokasi iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor untuk meneroka peluang pendidikan yang boleh disertai selepas tamat pendidikan peringkat menengah.
"Menyedari betapa pentingnya kualiti pendidikan, semua lapisan masyarakat perlu didedahkan dengan peluang yang setara agar masa depan anak-anak kita terjamin dan menjadi aset kepada negara," katanya.
Beliau berkata pameran-pameran pendidikan seperti itu adalah antara contoh untuk merapatkan lagi jurang pendidikan yang dihadapi oleh komuniti, malah mampu memberi satu ruang komprehensif bagi pelajar menyedari dan menerokai peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam memberi akses pendidikan yang saksama kepada semua murid.
"KPM juga mengadakan pameran, iklan dan taklimat di sekolah-sekolah untuk galakkan pelajar terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM dan STPM, mereka juga boleh pilih bidang vokasional kerana ada banyak pilihan di situ dan saya juga minta ibu bapa serta guru-guru untuk terus beri galakan agar anak-anak kita sambung belajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Lim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Shafruddin Ali Hussin (tiga, kanan) dan ADUN Air Putih Lim Guan Eng (dua, kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Pameran IPTA Siri 2 Tahun 2023 di SJKC Shang Wu hari ini. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
Pengambilan khas atasi masalah kekurangan guru - Lim
KPM kekurangan kira-kira 19,431 orang guru berikutan beberapa faktor termasuk persaraan, kenaikan pangkat dan cuti belajar.