awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: 'KPN perlu elak komen isu Tony Pua' - Ramkarpal

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2024
09:25 MYT
Pengampunan Najib: 'KPN perlu elak komen isu Tony Pua' - Ramkarpal
Ramkarpal berkata, KPN harus menjalankan tugas secara profesional dan tidak dilihat mempengaruhi proses siasatan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain perlu mengelak daripada memberi sebarang kenyataan dengan menyimpulkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebagai bersalah.
Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, siasatan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara itu berkenaan dakwaan menghina institusi diraja susulan pengampunan ke atas Datuk Seri Najib Razak masih lagi belum selesai.
"Dalam kenyataannya semalam (Ahad), KPN menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes Tony Pua kerana ia masih dalam siasatan, tetapi dalam masa sama menyimpulkan kenyataan itu berbaur hasutan.
"Jika KPN telah membuat kesimpulan kenyataan tersebut bersifat hasutan, mengapa perlu meminta Tony hadir ke Bukit Aman hari ini (Isnin) untuk membantu siasatan?
"Nampaknya KPN telah mendapati Tony Pua bersalah tanpa memberi hak untuk membuat siasatan yang betul dan adil," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X pada Isnin.
Sebelum ini, Razarudin dilapor mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kenyataan bersifat menghasut orang ramai supaya membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu dibuat Tony yang dipercayai merujuk keputusan Lembaga Pengampunan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendakwa, kenyataan daripada pegawai tertinggi polis tidak menimbulkan keyakinan terhadap kesaksamaan proses siasatan.
Ujar beliau, KPN harus menjalankan tugas secara profesional dan tidak dilihat mempengaruhi proses siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengampunan Najib
#Tony Pua
#Ketua Polis Negara
#Ramkarpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan