awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/01/2024
03:30 MYT
Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP). - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan di Bandar Baru Ampang, ibu negara, pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang mengadu rumahnya telah dipecah masuk, pada Isnin.
"Mangsa mendapati pintu depan rumahnya berada dalam keadaan terbuka pada jam 7.30 pagi dan mendapati beg dompet dan kunci kereta miliknya tiada di atas meja bahagian ruang tamu.
"Mangsa yang bekerja sebagai kontraktor juga mendapati kereta Proton Saga di bahagian parkir juga tiada disyaki telah dicuri," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sehubungan itu, Mohd Azam berkata, polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merupakan penganggur disyaki terlibat dalam kes disiasat.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga, kunci kereta, pelbagai jenis kunci, tujuh gulung wayar dan satu dompet mengandungi dokumen penting bagi membantu siasatan.
"Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP).
"Semakan dapati suspek mempunyai 15 rekod lampau jenayah dan dadah.
"Permohonan reman suspek telah dipohon di Mahkamah Ampang pada Rabu," ujarnya.
Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan merujuk kepada pecah rumah bagi tujuan melakukan curi dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan merujuk kepada mencuri kenderaan.

Topic Berkaitan
#penganggur
#Dadah
#pecah rumah
#curi kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan