awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa atas tiga pertuduhan amang seksual terhadap sepupu

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
08/06/2022
05:26 MYT
Penganggur didakwa atas tiga pertuduhan amang seksual terhadap sepupu
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama. - Gambar hiasan/Freeimages
JOHOR BAHRU: Seorang penganggur didakwa atas tiga pertuduhan amang seksual terhadap sepupunya pada 2015 hingga 2021 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh yang berusia 22 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang pada ketika itu berusia 12 tahun dengan menyentuh badan dengan cara menggeselkan kemaluan tertuduh pada kemaluan mangsa, mencium mulut dan mencium muka.
Kesemua perbuatan itu dilakukan antara tahun 2015 hingga 17 Oktober 2021 di Jalan Basong, Taman Datuk Syed Idrus, Gelang Patah.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew dan Nor Fadilah Johanuddin.
Manakala tertuduh diwakili peguam, R. Subash.
Terdahulu, Choon Yew tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan yang tidak boleh dijamin, namun menawarkan RM20,000 bagi setiap pertuduhan sekiranya mahkamah menetapkan jaminan terhadap bekas pekerja kilang kopi itu.
Mahkamah kemudian menetapkan RM15,000 untuk tiga pertuduhan, selain melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan larangan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Tarikh 7 Julai depan ditetapkan sebagai pengurusan kes untuk penyerahan dokumen.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#penganggur
#mahkamah
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan