awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa cuba langgar, bunuh polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
07/01/2020
08:30 MYT
Penganggur didakwa cuba langgar, bunuh polis
Dua penganggur Mohd Shamsul Abu Hassan, 46, (tengah) dan Sarudin Rahman, 54, (belakang) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan melakukan cubaan bunuh terhadap seorang anggota polis, bulan lepas. - Foto Bernama
Tindakan dua penganggur cuba melanggar seorang anggota polis dengan niat untuk membunuh, membawa padah apabila kedua-dua mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini dan berdepan hukuman penjara 10 tahun.
Kedua-dua tertuduh Mohd Shamsul Abu Hassan, 46, dan Sarudin Rahman, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat cuba melakukan bunuh terhadap Lans Koperal Muhamed Hazwal Mohamed Zambri dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna biru.
Tindakan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Taman Rambai Utama, Melaka pada jam 6 petang, 24 Disember tahun lalu.
Kedua-dua mereka yang merupakan penganggur itu didakwa mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Raudhah Mazman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu mahkamah memberikan jaminan yang rendah atas alasan mereka menanggung keluarga selain Sarudin sedang menjalani rawatan jantung di Hospital Alor Gajah.
Majistret Mohamad Izwan kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 11 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#bunuh
#cubaan bunuh
#langgar anggota polis
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#makamah Melaka
#mangsa
#Melaka
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan