NATIONAL
Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu

Penganggur Muhammad Nur Hazreq Kairuddin, 36, (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis syabu. - Foto Bernama
BATU PAHAT: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis syabu, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis syabu.
- Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika tidak dihukum mati.
- Kes berkaitan penahanan seorang lelaki di jeti dan penemuan 20 bungkusan disyaki syabu bernilai lebih RM662,000, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan sebutan semula pada 30 Jun untuk serahan laporan kimia.
Pada Selasa lepas, Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata seorang lelaki ditahan di sebuah jeti di sini, susulan penemuan 20 bungkusan disyaki syabu bernilai lebih RM662,000 di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, dipercayai hendak diseludup ke negara jiran menggunakan jalan laut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami