awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000

Bernama
Bernama
28/01/2025
14:15 MYT
Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Baderulhisham berkata dadah itu dipercayai untuk pasaran seluruh Semenanjung mengikut tempahan dan jumlahnya boleh digunakan 33,320 penagih. - Gambar Polis Perlis
KANGAR: Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646, ketika lelaki terbabit dipercayai mahu menghantar dadah berkenaan ke sebuah syarikat kurier di Padang Besar, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada 3.30 petang manakala kesemua dadah itu diisi dalam empat kotak.
"Hasil pemeriksaan terhadap empat kotak itu menemukan ketulan mampat dan cecair disyaki ganja dianggar seberat 16.6kg. Lelaki itu dipercayai bertindak sebagai penghantar kotak mengandungi dadah ke syarikat kurier terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai menerima bekalan dadah itu daripada warga Thailand di Bulatan Padang Besar sebelum dia membuat pengeposan kotak berkenaan di syarikat kurier itu.
"Lelaki itu dipercayai dibayar upah RM800 bagi sekali penghantaran. Dipercayai perkhidmatan kurier digunakan kerana kebanyakan syarikat kurier tiada alat pengimbas untuk mengetahui isi kandungan barang di dalam kotak," katanya.
Baderulhisham berkata dadah itu dipercayai untuk pasaran seluruh Semenanjung mengikut tempahan dan jumlahnya boleh digunakan 33,320 penagih.
Lelaki itu yang didapati positif dadah jenis ketamine, katanya kini direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#ketulan mampat
#syarikat kurier
#penganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan