awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur mengaku bersalah cederakan pengawal keselamatan guna pedang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/08/2022
08:50 MYT
Penganggur mengaku bersalah cederakan pengawal keselamatan guna pedang
R Subramaniam, 41, (kiri) dari Kampung Sungai Puntar, Bedong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang penganggur yang didakwa menyerang pengawal keselamatan menggunakan pedang selepas ditegur kerana menunggang motosikal secara berbahaya, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani di sini, hari ini.
R Subramaniam, 41, dari Kampung Sungai Puntar, Bedong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut pertuduhan, Subramaniam dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail Ahmad, 58, menggunakan sebilah pedang di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Bayan, jam 4.40 petang 4 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.
BACA: Pengawal keselamatan cedera dilibas pedang
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas mangsa menegurnya kerana menunggang motosikal secara merbahaya di dalam kawasan tapak projek di kawasan perumahan itu.
Tertuduh yang pada mulanya beredar, kemudian datang semula bersama dua lagi rakannya dan menetak mangsa dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan kiri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman hari ini dan menetapkan 29 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dia perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda setiap awal bulan, sehingga kes selesai.
Topic Berkaitan
#libas pengawal keselamatan
#tunggang motosikal secara berbahaya
#serang pengawal keselamatan
#Bukit Bayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan