awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengangkutan awam: Tingkat mutu servis dahulu sebelum naik harga

Umaira Uyop
Umaira Uyop
19/03/2015
09:00 MYT
Pengangkutan awam: Tingkat mutu servis dahulu sebelum naik harga
Pengguna menyarankan agar mutu perkhidmatan awam dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan harga tambang.
Penetapan tambang baharu bagi perkhidmatan teksi, bas ekspress dan KTM Berhad mengejutkan pengguna terutama bagi mereka yang bergantung pada pengangkutan awam tersebut.
Seorang pengguna, Ibdillah Ishak berpendapat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepatutnya melihat kepada keperluan rakyat selain meningkatkan mutu sistem terlebih dahulu.
Kenaikan kadar tambang teksi naik serta merta hari ini. SPAD ni ikut telunjuk siapa? Ikut lah suara hati rakyat, perbaiki sistem itu dulu.
— Ibdilillah Ishak (@ibdil) March 19, 2015
Pengguna Mohamad Shafiei juga menyatakan, servis yang lebih baik perlu disediakan terlebih dahulu supaya selaras dengan kenaikan tambang pengangkutan awam.
@oskortos @FameHameHa Malah keselesaan perkhidmatan bas dan taxi perlu selaras dengan kenaikan harga, agar tak sama seperti naik tongkang.
— Mohamad Shafiei Ayub (@ShafieiAyub) March 19, 2015
Seorang lagi pengguna berpandangan, tambang baharu ini tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi industri berkenaan secara menyeluruh.
@501Awani kenaikan tambang taxi tidak selesai 100% masaalah industry
— aduanbukitbintang (@aduanbb) March 19, 2015
Tidak kurang yang membandingkan perkhidmatan teksi di sini dengan negara maju lain.
I dont mind the hike in taxi fare if the service is like black cab in london.
— soulzoul (@soulzoul) March 19, 2015
Ada yang menyifatkan peningkatan sebanyak 40 peratus adalah terlalu tinggi.
I could accept a 5-10% fare hike to keep up with inflation. But a sudden 40%? The poor can't absorb that rise.
— Erna Mahyuni (@ernamh) March 19, 2015
Manakala pengguna Fajariah Kamal berharap agar gaji pekerja juga menerima kenaikan untuk menampung pelbagai perkara yang mengalami peningkatan harga.
Well as a user we dont mind kalo nk naik tambang tp consider la increment utk gaji juga. Baru fair and square
— SKF (@fajariahkamal) March 19, 2015
Tambang baharu bagi teksi berkuat kuasa mulai hari ini sementara bagi bas ekspress akan bermula 15 Mei ini.
Pelarasan tambang bagi KTM Berhad pula dijangka naik sehingga 20 peratus bergantung kepada jarak perjalanan.
BACA: SPAD umum kenaikan tambang teksi dan bas ekspres
Topic Berkaitan
#bas ekspress
#KTM Berhad
#naik harga
#pengangkutan awam
#pengguna
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan